Wednesday, 29 June 2016

Posted by SUCCESS
No comments | 13:34

Belakangan ni ramai juga saudara saudari yang bertanya di blog Harith ini terutama sekali  Anonymous (mano mouse?) berkenaan tentang tafsir mimpi. Kebanyakannya bertanyakan tentang tafsir mimpi bertemu ular, dikejar ular, ular yang besar, ular putih, hitam dan berbagai lagi.

Ok lah. Biar Harith tafsirkan begini walaupun Harith bukanlah tempat yang tepat untuk dirujuk perkara berkenaan dengan mimpi.

Mimpi ular ini kebiasaannya adalah perkara berkaitan dengan jodoh dan perkara-perkara yang tak elok yang berada di sekeliling kita. Contoh mimpi dipatuk ular, kebanyakan orang akan menafsirkan bahawa dia akan dipinang atau akan bertemu jodoh, baik lelaki atau perempuan. Itu ada kebenarannya, tetapi harus diingat bahawa mimpi setiap orang dan penafsirannya adalah sangat berbeza untuk setiap orang yang bermimpi. 

Diulang...sangat berbeza.

Sebagai contoh lagi, si A bermimpi dipatuk ular...maknanya dia mungkin akan dipinang atau bertemu jodoh dalam waktu yang singkat. Boleh jadi masa yang singkat itu mungkin setahun atau dua tahun. Yang pasti dia akan berkahwin lebih cepat daripada orang lain. Si B juga bermimpikan hal yang sama, namun dia sebenarnya dikelilingi oleh sesuatu yang tidak elok dan memudaratkan, jadi dalam kehidupan sehariannya dia harus berhati-hati agar tata kelakuannya lebih elok dan tertib untuk mengelak dari di khianati oleh orang lain.

Atau barangkali kita bermimpikan ular yang besar yang mana ular yang besar itu mungkin suatu ilmu guna-guna atau ilmu tuju-tuju atau ilmu sihir dari orang yang mencemburui kita. Biasanya dirujuk dengan ular besar yang berwarna hitam. Atau mungkin itu ialah ilmu pengasih yang ditujukan kepada kita dari seseorang yang kita tolak cintanya, atau mencintai kita dalam diam. Biasanya ular yang besar dan berwarna putih dirujuk sebagai seseorang yang benar-benar mencintai kita dalam diam. Boleh jadi orang sekeliling kita yang kita tak pernah hirau tentang dia. 

Mungkin.

Mimpi ular yang bercampur dengan laut, sungai, ombak dan sebagainya dikaitkan dengan perkara yang berada disekeliling kita seperti cara kita melayari hidup. Biasanya orang yang mimpikan mimpi sebegini jodohnya adalah lambat, pernah bercinta banyak kali, dan sering dipermainkan oleh kekasihnya dengan kata lain senang ditipu dengan perkara yang berkaitan dengan jodoh.

Kadang kala cinta yang datang itu langsung tak boleh diterima akal dan tidak logik.

Mereka ini biasanya (tidak semua) hidup dalam kelompok dirinya sendiri. Tidak ramai kawan, kawan yang ada juga mungkin tidak kekal termasuk orang yang terdekat seperti abang, adik, kakak dan sebagainya. Kebiasaanya (tidak semua) mereka suka buat hal sendiri dalam mencari cinta walhal cintanya hanya berada di depan mata. Maksud Harith ialah mereka tidak nampak kebaikan cinta hati mereka yang sebenarnya berada di depan mata, sebaliknya mereka memandang kuman diseberang laut. Jadi, disebabkan tindakan mereka sendiri, jodoh mereka menjadi lambat.

KALAU BERANI SILA KLIK

Kalau ada yang bermimpi tentang ular dan Al QurAn? Barang kali Allah memberi petunjuk bahawa kita harus berubah dari kehidupan yang biasa-biasa kepada kehidupan yang lebih baik dan stabil untuk menuju kepada kehidupan yang lebih sempurna. Bagaimana? Hanya dengan kembali kepadaNYA.

Atau mungkin juga ada saka dalam ruang lingkup kehidupannya. Jadi, dengan hanya perubatan Islam sahaja segala masalah yang wujud akan dapat diselesaikan. Jadi bagi mereka yang bermimpi tentang ular dan Al QurAn ini, berhentilah dari berjumpa bomoh-bomoh yang tidak berkelayakan ini (termasuk saya kah?saya bukan bomoh tau) sebaliknya kembali membuka Kitab yang unggul ini (AL QURAN) dan mendalami isi Al QurAn dengan mereka yang berkelayakan. Hadirilah majlis-majlis ilmu di surau atau masjid. Insyaallah, masalah anda akan selesai.

Kalau bermimpi dikejar ular? Pada pandangan Harith, mereka sedang diintai oleh sesorang yang rapat dengan dua tujuan, sama ada baik atau buruk. Jadi berhati-hatilah. Mungkin anda sudah ada secret Admire? Atau musuh terselindung?

Wallahualam...

eh tetiba je ada gambar kucing...Harith pun dah mengantuk daaa...takder orang nak ajak Harith tidur ke..ehehe

Mimpi sebenarnya ialah mainan tidur. Hanya mereka yang layak sahaja boleh menafsir mimpi itu bagaimana dan sebagainya. Jadi carilah orang yang lebih tepat seperti alim ulamak dan sebagainya. Harith tak benarkan kita mencari bomoh-bomoh atau dukun-dukun atau orang yang mengaku dirinya mempunyai karamah dan sebagainya, kerana mereka ini PASTI akan memperdayakan kita untuk kepentingan diri mereka sendiri. Jadi AWASLAH.

MMM...

Harith pun mimpi ular juga. Harith sayang kat sapa entah...

Ehehe mana boleh cakap...RAHSIA...

Sebab kalau cakap pun dia, ...SAYANG HARITH JUGA ker

Jadi baik dok diam-diam kan...SAYANG DIAM-DIAM PUN JADILAH...EHEHE :P

---PEACE NO WAR---


0 comments:

Post a Comment

Blogroll

About