Orang tua selalu berkata,
Mimpi bertemu ular ini kebiasaannya adalah perkara berkaitan dengan jodoh dan perkara-perkara yang tak elok yang berada di sekeliling kita.
Contoh mimpi dipatuk ular, kebanyakan orang akan menafsirkan bahawa dia akan dipinang atau akan bertemu jodoh, baik lelaki atau perempuan.
Itu ada kebenarannya, tetapi harus diingat bahawa mimpi setiap orang dan penafsirannya adalah sangat berbeza untuk setiap orang yang bermimpi.
Ada yang memang dia nak dipatuk ular atau ada orang berniat jahat terhadap dia. Itupun jika anda percaya kepada tafsiran mimpi.
Walaupun ada yang mengatakan mimpi hanya permainan tidur. Tetapi dengan kuasa Allah SWT, apa-apa pun boleh terjadi dan mungkin melalui mimpi Dia cuba memberi peringatan kepada kita. Siapa tahu kan
Pagi ini bergurau dengan adik angkat Bro yang sorang ini.
Malam tadi dia bermimpi ular, seram katanya. Mungkin jodohnya dah nak sampai atau dia seram bila memikirkan tentang jodohnya. Atau kedua-duanya sekali.
Baginya, dia tidak percaya dengan firasat mimpi dan menganggap ianya karut semata-mata. Sebab dia dah banyak kali bermimpikan ular (mungkin ular itu kacak dan hensem sampai dia termimpi-mimpi banyak kali Baik mimpikan Bro).
Maka Bro terpaksa menjelaskan (dalam nada menyakat)
Kalau selalu bermimpi ular itu banyak kali mematuk, maknanya jodoh itu datang nak cuit-cuit (poke dalam istilah kamus facebook) nak tengok respon dia.
Kalau selalu bermimpi nampak ilar berlalu buat bodoh depan kita, maknanya jodoh itu hanya datang dan berlalu begitu sahaja.
Pada Bro la kan, jodoh pertemuan adalah ketentuan Illahi, kadangkala jodoh lalu depan kita sendiri pun kita tak sedar sehinggakan Allah izinkannya. Waktu itu kita nampak jelas bahawa dia itulah jodoh kita.
Jangan nak susah-susah cari dekat facebook, entah-entah jiran sebelah rumah je kan.
Ketahui Betapa Mudahnya Poligami Jika Kena Pada Caranya
Kami tidak rela melihat anda dirundung dengan pelbagai masalah apabila perancangan anda untuk berpoligami dihalang atau anda tidak dapat menguruskan dengan baik perancangan poligami anda.
Rahsia Yang Bakal Dikongsikan Ini Akan Membuatkan Kaum Hawa Akan Menerima Kawan Baik Atau Madu Jika Anda Mendapatkannya.
Ebook Ini Hanya Untuk Mereka Yang Serius Ingin Berpoligami Sahaja !!! Dan Mereka Yang Ingin Bahagia Dengan Isteri-Isteri Tersayang. Ketahui Betapa Mudahnya Poligami Jika Kena Pada Caranya
0 comments:
Post a Comment