Pernah bermimpi kena patuk ular tak?
erm, saya tak pernah. mungkin anda pernah.
kalau dulu, orang lama selalu cakap, kalau mimpi kena patuk ular, tandanye ada orang nak datang meminang.
saya pun tak berapa nak percaya sangat, sebab saya tak pernah mimpi kena patuk ular.
Pagi tadi saya ada dengar dari Ustaz di rancangan Tanyalah Ustaz Tv9, [maaf, saya tak ingat nama ustaz tue ;)], ustaz tue cakap, orang sekarang anggap kalau mimpi kena patuk ular, tandanya ada orang nak masuk meminang. Tetapi hakikatnya, menurut pengalamannya mengubati orang-orang yang sakit terkena sihir atau buatan syaitan ini, kalau ada orang mimpi kena patuk ular, kemungkinan besar dia akan terkena sihir. wallahu alam.
Jika ada alamat mimpi sebegitu, cepat-cepatlah merujuk pada mana-mana Ustaz yang lebih arif.
Ustaz cakap lagi, sebenarnya, mimpi ini bukan kita boleh suka-suka buat pelbagai tafsiran. mimpi kesemuanya berasal daripada Allah, dan mimpi juga boleh memberikan pelbagai kesan pada orang tertentu di keesokan harinya.
Jadi jangan seronok sangat kalau dapat mimpi kena patuk ular!
dan kalau nak tahu nama ustaz tersebut, esok pagi pukul 7, tontonilah Tanyalah Ustaz di Tv9 dengan tajuk, Jin dan alam ghaib
p/s : mimpi dah sampai kat mahallah. oh apekah? terlalu bersemangat kah? atau rindukah dengan UIA? huhu
0 comments:
Post a Comment